Rakyat India mula 'larikan diri' - Utusan Malaysia

Rakyat India mula ‘larikan diri’

ORANG ramai bersesak menaiki bas untuk pulang ke kampung bagi mengelak terkandas akibat perintah berkurung. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Ribuan penduduk mula membanjiri terminal bas dan stesen kereta api di seluruh India dengan harapan dapat pulang ke kampung halaman masing-masing sebelum perintah berkurung dilaksanakan.

Spekulasi mengenai perintah berkurung kali kedua bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat semakin kencang di perkatakan oleh pelbagai pihak di seluruh negara.

Situasi Covid-19 di negara ini semakin memburuk dengan jumlah kematian akibat wabak tersebut sudah melebihi 200,000 kes kelmarin.

Video yang dirakam oleh seorang pengurus kedai ketika kereta api yang dinaikinya melalui stesen Surat di Gujarat menunjukkan orang ramai memenuhi stesen untuk pulang ke kampung masing-masing.

Satish Gadhvi, 33, bersama pasangannya, Debbie Styles, 58, dari London dalam perjalanan ke Goa ke Gujarat menaiki kereta api.

Jelas Gadhvi, situasi itu berlaku kerana ramai penduduk bimbang jika mereka terkandas dan tidak dapat keluar apabila kerajaan melaksanakan perintah berkurung.

“Mereka akan berbut-rebut menaiki kereta api tanpa menjaga penjarakan sosial, malah ada yang tidak memakai pelitup muka. Situasi ini hanya memburukkan lagi krisis Covid-19 di India,” katanya.

Jelas Gadhvi, jika ada yang tidak dapat menaiki kereta api, mereka sanggup jalan beratus-ratus kilometer asalkan dapat sampai ke kampung.

India melaksanakan perintah berkurung pertama pada Mac 2020 ketika gelombang pertama Covid-19 melanda negara ini.

Selain itu, perintah berkurung tersebut dilakukan secara serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dan keadaan itu membimbangkan penduduk jika kerajaan India mengambil langkah sama bagi perintah berkurung kedua.

 

Hentikan sekatan Covid-19

Biarpun India merekodkan sebanyak 379,257 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, masih ada negeri yang melonggarkan sekatan Covid-19.

Ketika ini, hanya New Delhi, Maharashtra dan Karnataka yang masih melaksanakan perintah berkurung, manakala selebihnya mula melonggarkan sekatan.

 

AS tingkat bantuan

Amerika Syarikat (AS) menambah jumlah bantuan kepada India yang bernilai lebih AS$100 juta (RM410 juta) bagi membantu ‘meredakan keadaan’ di negara ini.

Bantuan yang merangkumi 1,000 sislinder oksigen, 15 juta pelitup muka N95 dan sejuta alat ujian Copvid-19 itu dijangka tiba hari ini sehingga minggu depan.

Selain itu, AS juga menyalurkan kira-kira 20 juta dos bekalan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca yang ditempahnya kepada India.

“Kami komited bantu India seperti mana negara itu membantu AS ketika negara ini berperang dengan ancaman Covid-19 semasa awal pandemik,” jelas White House dalam satu kenyataan.

 

Bekalan vaksin terhad

Walaupun India merupakan antara pengeluar terbesar vaksin di dunia, negara ini masih berdepan dengan bekalan dos vaksin yang terhad.

Sehingga kini, kurang daripada 10 peratus populasi sudah menerima suntikan vaksin dan banyak pihak mula mlahirkan kebimbangan berhubung keadaan itu.

Kerajaan India sebelum ini memaklumkan golongan dewasa boleh mendapatkan suntikan vaksin bermula 1 Mei menerusi pendaftaran secara dalam talian yang dibuka sejak 28 April 2021.

Namun, proses tersebut bukanlah semudah yang disangka apabila operasi laman web pendaftaran sering terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya