Rakyat AS sudah divaksin tidak perlu pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Rakyat AS sudah divaksin tidak perlu pakai pelitup muka

DUA lelaki memakai pelitup muka sambil berjalan di kota New York. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Individu yang sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya boleh melakukan aktiviti di luar rumah tanpa memakai pelitup muka.

Bagaimanapun, rakyat Amerika Syarikat digalakkan memakai pelitup muka di tempat awam.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden AS, Joe Biden sambil menggesa orang ramai yang belum menerima suntikan vaksin untuk melakukan segera perkara itu.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan AS (CDC), arahan kesihatan terbaharu itu dibuat selepas separuh golongan dewasa di negara itu sudah menerima satu suntikan dos vaksin.

Biden berkata, pengumuman baharu itu adalah langkah kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

“Kes covid-19 sudah menurun malah kes kematian dalam kalangan warga emas menurun 80 peratus disebabkan program vaksinasi sudah meningkat.

“Sekiranya anda sudah divaksin, sudah tentu banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih selamat sama ada di luar mahupun di dalam rumah,” katanya.

Biden malah menegaskan pelitup muka masih perlu dipakai di kawasan sesak dan acara yang berlangsung di stadium.

Ini kerana, menurut pakar pemakaian pelitup muka adalah cara paling efektif mengawal jangkitan virus.

Dalam pada itu, CDC berkata, individu yang sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya boleh makan bersama rakan-rakan dari rumah berbeza di restoran serta mengadakan acara melibatkan himpunan kecil dengan bilangan yang bercampur sama ada sudah divaksin atau belum divaksin. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya