Raja Salman bagi 15 tan kurma kepada Indonesia - Utusan Malaysia

Raja Salman bagi 15 tan kurma kepada Indonesia

DUTA Arab Saudi di Indonesia, Esam Abid Althagafi bercakap kepada pihak media. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 JAKARTA: Kerajaan Arab Saudi memberikan sumbangan sebanyak 3,000 bungkus dan 15 tan kurma kepada penduduk Islam di Indonesia. 

Lapor Kompas.com, Raja Salman Abdulaziz turut berbesar hati menghulurkan sumbangan 10,000 pek iftar untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan, anak yatim dan pasukan perubatan. 

Simbolik pemberian itu dilakukan oleh Duta Arab Saudi di Indonesia, Esam Abid Althagafi kepada Ketua Pengarah Komuniti Islam Kementerian Agama, Kamaruddin Amin di pejabat Atase kedutaan Arab Saudi di Jakarta. 

Selain itu, Arab Saudi turut memberikan sumbangan sebanyak 30,000 naskhah Al-Quran dengan terjemahan bahasa Indonesia. 

Menurut Esam, pemberian Raja Salman itu menandakan bukti hubungan erat antara kedua-dua negara. 

“Hubungan bilateral antara Arab Saudi dan Indonesia sangat kuat. Kami juga mahu membuktikan hubungan dengan rakyat di Indonesia sangat rapat terutamanya semasa bulan Ramadan,” katanya. 

 

 

 

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya