Putera Philip meninggal dunia - Utusan Malaysia

Putera Philip meninggal dunia

PUTERA Philip meninggal dunia di Istana Buckingham, awal pagi tadi. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Suami kepada Ratu Elizabeth II, Putera Philip meninggal dunia di Istana Buckingham, awal pagi tadi.

Beliau meninggal dunia ketika berumur 99 tahun, lapor CNN.

Putera Philip ditahan di Hospital King Edward VII sejak 17 Februari lalu selepas dilaporkan tidak sihat.

Istana itu kemudian mengesahkan beliau dirawat kerana mendapat jangkitan.

Pada 1 Mac lalu, beliau dipindahkan ke Hospital St. Bartholomew bagi menjalani rawatan mengenai jangkitan itu termasuk menguji keadaan jantungnya.

Selepas menjalani pembedahan jantung, Duke Edinburgh keluar hospital pada pertengahan Mac lalu.

Putera Philip mendapat gelaran Duke Edinburgh selepas beliau mendirikan rumah tangga dengan Ratu Elizabeth pada 20 November 1947.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberikan penghormatan kepada beliau dan menyifatkan Duke Edinburgh itu disayangi daripada seluruh generasi di United Kingdom, negara Komanwel serta pelusuk dunia.

Bendera Union Jack dikibar separuh tiang di Istana Buckingham sebagai menghormati pemergian Philip.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya