Puak Karen tawan pos tentera Myanmar - Utusan Malaysia

Puak Karen tawan pos tentera Myanmar

KIRA-KIRA 3,000 penduduk etnik Karen menyeberangi Sungai Salween untuk masuk ke Thailand bagi melarikan diri dari tentera Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pertempuran sengit dilaporkan berlaku antara pasukan tentera Myanmar dengan kumpulan pejuang etnik karen di sebuah pos keselamatan tentera berhampiran sempadan Thailand pada awal pagi ini.

Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) mendakwa mereka berjaya menawan pos keselamatan tentera Myanmar dalam pertempuran tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas pemimpin negara Asean mengadakan sidang kemuncak khas bagi membincangkan isu pergolakan politik Myanmar di Jakarta, Indonesia.

Penduduk di sepanjang Sungai Salween di Thailand memaklumkan kejadian berbalas tembakan antara pejuang Karen dan tentera Myanmar bermula sebelum matahari terbit.

Video yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan api menjulang dan asal tebal memenuhi kawasan pertempuran.

Ketua Hal Ehwal Luar KNU, Padoh Saw Taw Nee berkata, kumpulan pejuangnya berjaya menawan pos keselamatan tentera Myanmar antara pukul 5 dan 6 pagi waktu tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya