N’DJAMENA: Presiden Chad, Idriss Deby Itno terkorban dalam medan pertempuran dengan kumpulan pemberontak di utara negara ini pada hujung minggu lalu.
Pengumuman mengejut itu dibuat sehari selepas pemimpin berusia 68 tahun itu memenangni pilihan raya presiden.
Jurucakap tentera, Jeneral Azem Bermandoa Agouna berkata, Idriss terkorban ketika mempertahankan tanah air dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila.
Anak lelaki Idriss, Mahamat Idriss Deby Itno, 37, akan menggantikan tempatnya sebagai pemimpin negara ini. – AFP