#PrayForNanggala402 tular di Twitter - Utusan Malaysia

#PrayForNanggala402 tular di Twitter

KRI Nanggala-402 dipercayai tenggelam pada kedalaman 838 meter dan pecah kepada tiga bahagian. -TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak berita mengenai 53 anak kapal selam yang disahkan terkorban semalam, media sosial Twitter menjadi sohor dengan tanda pagar #PrayForNanggala402.

Hasil semakan pagi ini mendapati sebanyak 111,000 ciapan dimuat naik oleh pengguna media sosial bagi merakamkan takziah dan ucapan selamat tinggal kepada semua kelasi kapal selam itu.

Seorang pengguna yang menggunakan akaun @coretanpensil menyifatkan berita pemergian itu sangat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat dan jasa mereka akan terus dikenang.

“(Individu) yang mati tidak pernah pergi, serahkan sisa semuanya yang hidup pada kami. Beristirehatlah dengan tenang di sana wahai penjaga laut ini.

“Kami yakin tidak pernah ada sumpah tugas yang kau ingkari. Meski tidak lagi di sini, aku percaya laut nusantara akan terus kau awasi.#PrayForKRINaggala402,” tulis ciapan itu.

Kapal selam tersebut dilaporkan terputus hubungan pada Rabu lalu sebelum disahkan tenggelam.

KRI Nanggala-402 dipercayai tenggelam pada kedalaman 838 meter dan pecah kepada tiga bahagian.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto.

Katanya, berita menyedihkan itu disahkan berdasarkan bukti-bukti yang ditemukan sepanjang usaha mencari dan menyelamat kapal selam itu dijalankan sejak lima hari lalu.

Dalam pada itu, lebih menyayat hati apabila tular dalam TikTok sebuah video memaparkan barisan kelasi itu sempat menyanyikan lagu ‘Sampai Jumpa’ berdurasi 20 saat secara beramai-ramai di dalam kapal selam itu.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik turut mendoakan agar roh mangsa dirahmati Tuhan dan setiap ahli keluarga diberikan ketabahan menghadapi ujian getir semasa bulan Ramadan.

“Hari mendung dan dukacita buat kita semua.Takziah diucapkan kepada Indonesia dan ahli keluarga kepada 53 anak kapal KRI Nanggala-402.

“Kita doakan agar roh mereka sentiasa dalam rahmat Tuhan dan keluarga mereka diberikan ketabahan,” ucapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya