Polis tembak mati lelaki kulit hitam di Minneapolis - Utusan Malaysia

Polis tembak mati lelaki kulit hitam di Minneapolis

GAS pemedih mata dilepaskan untuk menyuraikan tunjuk perasaan di luar balai polis Brooklyn Centre, Minnesota. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINNEAPOLIS: Satu protes tercetus semalam selepas anggota polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam berusia 20 tahun di pinggir bandar Minneapolis.

Dilaporkan, beratus-ratus orang berkumpul di luar balai polis di Brooklyn Center, barat laut Minneapolis bagi menuntut keadilan bagi kematian Daunte Wright.

Berdasarkan seorang wartawan AFP di lokasi kejadian, polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan tersebut.

Media tempatan melaporkan, ibu kepada Wright memberitahu bahawa anak lelakinya menghubunginya dan menyatakan telah ditahan oleh polis.

Menurut Katie Wright, dia terdengar pegawai polis mengarahkan anaknya supaya meletakkan telefon dan kemudian seorang pegawai mematikan sendiri talian tersebut.

Katanya, tidak lama kemudian, teman wanita anaknya memberitahu bahawa anaknya ditembak.

Biro Penahanan Jenayah Minnesota mengesahkan pihaknya sedang menyiasat seorang pegawai yang terlibat dalam insiden tembakan di Brooklyn Centre namun enggan menamakan mangsa.

Menurut kenyataan dari Jabatan Polis Brooklyn Centre, pegawai polis mengarahkan seorang pemandu memberhentikan kenderaannya kerana melanggar peraturan jalan raya.

Setelah polis mengetahui lelaki terbabit mempunyai waran tertunggak, mereka cuba menahannya.

Namun, lelaki itu kembali semula ke keretanya dan salah seorang pegawai melepaskan tembakan ke arah pemandu mengakibatkannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelas kenyataan itu, penumpang wanita yang berada di dalam kereta tersebut mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital tempatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya