Pfizer sebabkan keradangan jantung ? - Utusan Malaysia

Pfizer sebabkan keradangan jantung ?

PETUGAS kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Clalit di Hod Hasharon, Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kementerian Kesihatan Israel meneliti sejumlah kecil kes berkaitan keradangan jantung yang dilaporkan berlaku dalam kalangan penduduk selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Kementerian itu bagaimanapun masih belum membuat sebarang kesimpulan mengenai kes tersebut.

Ketua Pasukan Petugas Covid-19 Israel, Nachman Ash berkata, kajian awal menunjukkan terdapat ‘puluhan insiden’ membabitkan keradangan jantung (miokarditis) berlaku dalam kalangan lebih lima juta penduduk yang sudah divaksin terutamanya selepas suntikan dos kedua. 

Jelas beliau, kebanyakan kes dilaporkan melibatkan individu sehingga usia 30 tahun.

“Kementerian Kesihatan dalam proses memeriksa sama ada terdapat pertambahan dalam masalah morbiditi (kadar penyakit) dan adakah ia boleh dikaitkan dengan vaksin,” katanya. 

Ash memberitahu kejadian itu menjadi ‘tanda tanya’ dan menegaskan kementerian kesihatan belum membuat sebarang kesimpulan.

Kata beliau, agak sukar untuk menentukan kaitan antara vaksin dan kejadian itu kerana masalah miokarditis boleh disebabkan oleh pelbagai virus malah jumlah kes yang sama pernah dilaporkan sebelum ini.

Dalam pada itu, syarikat farmaseutikal Pfizer memaklumkan pihaknya sudah berhubung dengan Israel untuk mengkaji data mengenai vaksin yang dibangunkannya. – REUTERS 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya