JAKARTA: Pusat Penerangan Tentera Nasional Indonesia (TNI) memaklumkan pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) akan tiba di Indonesia malam ini bagi membantu operasi mencari serta menyelamat (SAR) kapal selam KRI Nanggala-402.
Lapor Kompas.com, ketuanya, Achmad Riad berkata, usaha mencari kapal selam tersebut diharap membuahkan hasil dengan pelbagai bantuan yang dilakukan.
“Tentera AS dengan pesawat Poseidon dijangka tiba malam ini atau awal pagi nanti.
“Bantuan dari Singapura juga sudah tiba dengan lima anggota tenteranya sudah memasuki kapal Dr. Soeharso-990,” katanya.
Selain itu, bantuan ketenteraan dari Malaysia dan Australia juga dalam perjalanan dan dijangka tiba dalam tempoh terdekat.
Sehingga kini, kapal selam yang membawa seramai 53 anak kapal itu masih belum ditemukan.
Bekakan oksigen di dalam KRI Nanggala-402 dijangka bertahan sehingga 3 pagi waktu tempatan.