Perseverance hasil oksigen di Marikh - Utusan Malaysia

Perseverance hasil oksigen di Marikh

MOXIE iaitu sebuah kotak kecil berwarna emas yang diletakkan di bahagian depan Perseverance. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kenderaan robotik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance buat pertama kali berjaya menukar gas karbon dioksida di planet Marikh kepada oksigen.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap NASA, Jim Reuter dan beliau memaklumkan Perseverance ‘mencatatkan kejayaan’ itu kelmarin.

Sehubungan itu, NASA berharap kejayaan tersebut membuka lebih banyak ruang untuk siri penjelajahan manusia di planet berkenaan.

“Kejayaan itu memberi gambaran bukan sahaja gas oksigen boleh dihasilkan di planet lain untuk angkasawan, malah mereka tidak perlu lagi membawa bekalan oksigen dari Bumi untuk kegunaan perjalanan roket,” katanya.

Proses penukaran gas oksigen itu dilakukan menerusi Eksperimen Penggunaan Sumber Oksigen Mars atau MOXIE iaitu sebuah kotak kecil berwarna emas yang diletakkan di bahagian depan Perseverance.

Disifatkan sebagai ‘pokok mekanikal’, MOXIE menggunakan elektrik dan kimia untuk memisahkan molekul karbon dioksida bagi menghasilkan oksigen.

Dalam eksperimen tersebut, MOXIE menghasilkan sebanyak lima gram oksigen bersamaan kegunaan oksigen selama 10 minit untuk angkasawan melakukan aktiviti biasa di ruang angkasa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya