Perintah berkurung kali ketiga di Perancis - Utusan Malaysia

Perintah berkurung kali ketiga di Perancis

EMMANUEL MACRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Emmanuel Macron mengarahkan perintah berkurung untuk kali ketiga dilaksanakan di Perancis  yang menyaksikan sekolah ditutup selama tiga minggu.

Langkah ini dalam usaha menangani gelombang ketiga Covid-19 yang ketika ini menjejaskan sistem kesihatan negara tersebut,   

Dengan jumlah kematian menghampiri kira-kira 100,000 kes, Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital negara ini berada pada tahap kritikal dan program vaksinasi yang semakin perlahan, memaksa Macron untuk mengenepikan beberapa pendekatan dalam memulihkan ekonomi negara.

“Kita akan hilang kawalan sekiranya kita tidak bertindak sekarang,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen. 

Pengumuman Macron itu bermaksud sekatan pergerakan akan dilaksanakan di seluruh negara bagi sekurang-kurangnya selama sebulan, bermula Sabtu ini.

Sebelum ini, sekatan pergerakan selama lebih seminggu telah dilaksanakan di Paris serta beberapa kawasan di  wilayah utara dan selatan.  

Dalam pada itu, Macron berkata, sekolah akan ditutup selama tiga minggu selepas hujung minggu ini.

Katanya, dalam tempoh perintah berkurung itu, pembelajaran secara dalam talian akan dijalankan bagi pelajar sekolah. 

“Ini adalah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan penularan virus tersebut,” kata Macron. 

Dalam pada itu, kerajaan Jepun bakal melaksanakan kawalan pergerakan di wilayah barat Osaka untuk menangani lonjakan kes Covid-19 di negara itu.

Langkah itu antaranya mengehadkan operasi waktu perniagaan, pelaksanaan kerja dari rumah dan menyekat beberapa aktiviti sosial seperti karaoke. 

Menurut Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura yang juga mengetuai jawatankuasa menangani Covid-19, kawalan pergerakan itu akan membabitkan wilayah Osaka, Hyogo dan Miyagi.   

Katanya, ia akan dilaksanakan bermula 5 April ini sehingga 5 Mei depan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya