Perintah berkurung dilaksanakan di Minneapolis - Utusan Malaysia

Perintah berkurung dilaksanakan di Minneapolis

PENUNJUK perasaan berkumpul di luar balai polis di Brooklyn Centre sebelum perintah berkurung dilaksanakan di Minneapolis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINNEAPOLIS: Protes baharu tercetus di Minneapolis beberapa jam selepas perintah berkurung berkuatkuasa di bandar ini.

Ia berikutan insiden polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam berusia 20 tahun sehingga menimbulkan ketegangan di bandar Amerika Syarikat (AS) yang hampir tamat selepas perbicaraan kes pembunuhan George Floyd.

Kira-kira dua jam selepas perintah berkurung berkuat kuasa di Minneapolis, penunjuk perasaan sekali lagi berkumpul di luar balai polis di Brooklyn Centre.

Puluhan penunjuk perasaan terus melaungkan slogan menuntut keadilan bagi kematian Daunte Wright.

Polis melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan tersebut beberapa kali dan mengarahkan mereka untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Terdahulu, sebuah rakaman kamera badan polis yang didedahkan menunjukkan pegawai tersebut bertindak menembak mangsa.

“Pegawai itu menggunakan pistol dan bukannya pistol perenjat elektrik (taser gun),” kata Ketua Polis Brooklyn Centre, Tim Gannon.

Gannon percaya, pegawai terbabit berniat mahu menggunakan taser tetapi secara tidak sengaja melepaskan tembakan ke arah Wright. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya