Perdaya orang ramai untuk sertai TNI - Utusan Malaysia

Perdaya orang ramai untuk sertai TNI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sepasang suami isteri ditahan polis selepas didakwa menipu 13 orang yang ingin menyertai pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Lapor Kompas.com, pasangan suami isteri berasal dari Kubu Raya, Kalimantan Barat itu merupakan pesara TNI dan mendakwa mereka mempunyai akses untuk membawa mana-mana pihak yang ingin menjadi anggota TNI Angkatan Udara secara mudah.

Berdasarkan pengakuan kepada polis, kedua-duanya memaklumkan mereka akan meminta setiap calon duit sebanyak 80 juta rupiah (RM22,634).

Suami isteri itu mendakwa duit tersebut akan digunakan untuk latihan dan kelengkapan ketika memasuki TNI.

Sehingga kini, pasangan itu sudah memperoleh sebanyak 1.1 bilion rupiah (RM311,105) hasil penipuan yang dilakukan.

Polis menyatakan, suami isteri itu juga memaklumkan kesemua calon boleh menyertai TNI tanpa melalui ujian khas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya