Penyanyi dangdut didakwa cabul remaja - Utusan Malaysia

Penyanyi dangdut didakwa cabul remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA: Seorang penyanyi dangdut didakwa mencabul seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Probolinggo, Jawa Timur.

Lapor Tribunnews, penyanyi dikenali sebagai DAP, 28 itu dikatakan cuba mencabul mangsa selama tiga hari berturut-turut.

Sepanjang tempoh itu, ibu bapa mangsa mencari anaknya di sekolah menengah kerana tidak pulang ke rumah.

Selepas anaknya pulang ke rumah, dia memberitahu mengalami gangguan seksual di tiga lokasi berlainan dari 11 hingga 13 April lalu.

Ketua Unit Penyiasatan Jenayah, Polis Probolinggo, Heri Sugiono berkata, mangsa bekerja dengan suspek dalam satu majlis perkahwinan.

Katanya, remaja itu menjadi jurugambar bagi majlis tersebut, manakala, suspek adalah penyanyi dangdut.

“Pada suatu hari, penyanyi itu mengajak mangsa berbincang di sebuah rumah sewa di Kampung Muneng dan memberikan suspek minuman keras. Suspek mengambil kesempatan ketika mangsa mabuk,” katanya.

Jelasnya, suspek masih menjadi buruan pihak polis.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya