Penunjuk perasaan jalani latihan tentang junta tentera - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan jalani latihan tentang junta tentera

PENUNJUK perasaan memakai alat pelindung semasa menyertai demonstrasi menentang rampasan kuasa oleh junta tentera di Yangon, Myanmar. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kira-kira 120 belia Myanmar mendapatkan latihan ketenteraan daripada sejumlah pejuang etnik di kawasan sempadan Thailand-Myanmar dan tujuannya adalah menentang junta tentera.

Kumpulan yang dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Bersatu itu terdiri daripada penunjuk perasaan yang terlibat dalam beberapa siri demonstrasi menentang tentera Myanmar yang melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Pengasas kumpulan itu, Mon Mon berkata, mereka akan menjalani latihan ketenteraan selama tiga bulan dan mempunyai satu matlamat iaitu melakukan revolusi.

“Kebanyakan ahli kumpulan kami berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an dan kebanyakannya merupakan generasi Z serta pelajar.

“Kumpulan kami turut disertai 250 orang lagi dengan 20 daripadanya merupakan wanita,” katanya.

Selain itu, Mon Mon mendakwa orgnisasi itu mempunyai kira-kira 1,000 keahlian di seluruh Myanmar.

Sementara itu, tentera Myanmar tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya