LONDON: Sebuah penjara di United Kingdom (UK) mengambil pendekatan unik dengan membina sebuah zoo haiwan peliharaan bagi membantu banduan mengurangkan stres.
Lapor Daily Mail, banduan di HMP Hindley kini boleh menempah sesi bersama haiwan peliharaan tersebut untuk mengawal tahap stres mereka.
HMP Hindley merupakan penjara kategori C yang terletak berhampiran Wigan dan menempatkan kira-kira 600 banduan.
Sebelum ini, badan pemantau menerusi laporannya menamakan HMP Hindley sebagai antara penjara paling teruk dengan kes keganasan dan pengedaran dadah sering berlaku.
Ketua Inspektor Penjara HM, Charlie Taylor dalam satu laporan memuji langkah diambil oleh pihak pengurusan penjara tersebut kerana tampil dengan inisiatif imaginatif.
Meskipun laporan itu tidak mendedahkan bilangan haiwan peliharaan di zoo tersebut, ia biasanya termasuk tikus, tikus Belanda, guinea pig dan arnab.
“Beberapa insiatif imaginatif telah dilancarkan. Contohnya, sebuah zoo dengan haiwan peliharaan dibina yang membolehkan para banduan mengunjungi untuk mengurangkan tekanan,” jelas laporan itu.
Menurut para pakar, kajian menunjukkan bahawa membelai haiwan peliharaan boleh meredakan tekanan.