Pengebumian Philip mungkin diadakan selepas lapan hari berkabung - Utusan Malaysia

Pengebumian Philip mungkin diadakan selepas lapan hari berkabung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Majlis pengebumian Duke of Edinburgh, Putera Philip dijangka berlangsung di Istana Windsor selepas lapan hari Britain berkabung.

Lapor Daily Mail, menurut sumber, upacara pengebumian peringtkat negara tidak akan diadakan berikutan hajat Philip yang hanya mahukan majlis pengebumian secara sederhana.

Upacara pengebumian suami Ratu Elizabeth II itu dijangka diadakan di Gereja St George di Istana Windsor, namun Istana Buckingham akan membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan.

Sejak semalam, rakyat mula memenuhi perkarangan Istana Buckingham untuk memberi penghormatan kepada Philip dan mereka turut meletakkan jambangan bunga.

Selain itu, tembakan senapang juga dijadualkan bagi memperingati Philip sekiranya pasukan tentera diberi kebenaran untuk melakukannya.

Beberapa urusan rasmi diraja mungkin diteruskan, namun majlis sosial akan dihentikan buat sementara waktu susulan pandemik Covid-19, selain menghormati kematian Philip.

Secara tradisi, keranda yang membawa Philip akan dipindahkan ke gereja diraja di Istana St James untuk beberapa hari, namun mungkin tidak akan dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya