Penduduk Haifa hidup dengan babi hutan - Utusan Malaysia

Penduduk Haifa hidup dengan babi hutan

BABI hutan berkeliaran di sekitar Haifa untuk mencari makanan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penduduk yang tinggal di bandar Haifa, utara Israel dilaporkan seolah-olah sudah terbiasa hidup dengan babi hutan yang berkeliaran di sekitar kawasan perumahan dan jalan utama. 

Lapor Oddity Central, kehadiran haiwan liar itu seolah-olah menjadi sebahagian budaya tempatan penduduk di kawasan tersebut.

Jelas laporan itu, babi hutan boleh dilihat berkeliaran di jalan raya, mencari sisa makanan di tong sampah dan juga terbaring di jalanan. 

“Babi hutan itu seperti sudah menyesuaikan gaya hidup bandar malah kebanyakan penduduk di sini tidak mempunyai pilihan lain selain membiasakan diri dengan haiwan tersebut. 

“Meskipun penduduk menerima kehadiran babi hutan ini sebagai sebahagian daripada daya tarikan Haifa, ada juga golongan bimbang mengenai ancaman haiwan liar itu,” jelas laporan itu.

Pada 2019, penduduk melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa terdapat sebanyak 1,328 babi hutan berkeliaran di kawasan itu. 

Angka itu dijangka meningkat pada tahun lalu berikutan pelaksanaan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19.

Sebahagian penduduk percaya babi hutan mula memasuki Haifa sejak tahun 2016 selepas kebakaran besar memusnahkan habitat mereka.  

Pihak lain pula berpandangan punca lambakan babi hutan itu disebabkan pihak berkuasa telah menghentikan operasi menembak haiwan liar itu di kawasan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya