Perompak pulangkan semula wang curi untuk masjid - Utusan Malaysia

Perompak pulangkan semula wang curi untuk masjid

TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutup menunjukkan pencuri memulangkan semula duit di rumah mangsa di Small Heath, Birmingham. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Dua perompak memulangkan ratusan pound duit yang dicuri selepas mengetahui wang tersebut adalah duit sumbangan untuk masjid. 

Lapor Daily Mail, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan imej seorang lelaki yang dipercayai perompak meletakkan semula wang yang diambil dalam peti surat di rumah mangsa di Small Heath, Birmingham menjadi tular dalam media sosial.

Rakaman video semasa kejadian sebelum itu menunjukkan mangsa berseorangan membawa beg tanpa menyedari dia diekori oleh dua perompak yang menaiki kereta berwarna hitam. 

Perompak itu memberhentikan keretanya di tengah jalan, manakala, seorang lagi rakan subahatnya menghampiri lelaki itu dan meragut begnya. 

Namun, beberapa jam kemudian menerusi rakaman video, perompak itu menyatakan kekesalan mereka dan berjanji tidak akan mencuri wang untuk masjid.  

“Saya berada di sini untuk memulangkan semula duit yang dicuri. Kami tidak tahu wang itu adalah duit masjid. Kami sama sekali tidak akan mencuri dari masjid kerana semua ini disebabkan salah faham,” katanya.  

Dalam pada itu, mangsa, Sajid Ali, 49, berkata, insiden itu sudah selesai selepas suspek memulangkan semua duit yang dicuri

“Mereka melakukan perkara yang betul kerana wang itu dari kedai Islam yang mengumpulkan sumbangan bagi masjid untuk kegunaan semasa Ramadan minggu depan,” jelasnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya