Pencemaran alga, 4,200 salmon mati - Utusan Malaysia

Pencemaran alga, 4,200 salmon mati

PENCEMARAN di beberapa kolam ternakan ikan salmon didakwa menyebabkan pembentukan alga yang mengurangkan kadar oksigen dalam air. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO: Lebih 4,200 ekor ikan salmon dilaporkan mati disebabkan oleh alga di Chile.

Menurut Agensi Perikanan dan Kehidupan Air Chile, alga ‘pembunuh’ itu menyebabkan kadar oksigen dalam air berkurangan dan menjadi punca ikan tersebut mati.

Fenomena serupa pernah berlaku pada 2016 apabila ribuan tan ikan salmon mati akibat pembentukan alga.

Selain itu, kira-kira 18 kolam ternakan ikan salmon di selatan negara ini yang menghasilkan kira-kira 26 peratus pengeluaran salmon dunia turut terjejas.

Menurut kumpulan alam sekitar, Greenpeace, pencemaran alga itu disebabkan oleh penternakan ikan salmon, manakala pemain industri menyalahkan faktor alam seperti perubahan iklim sebagai punca.

Jurucakap Greenpeace, Mauricio Ceballos berkata, tidak dapat dinafikan insiden yang berlaku mempunyai kaitan dengan pencemaran di kolam ternakan ikan salmon.

“Terdapat bukti menunjukkan kehadiran ammonium dan urea dari beberapa kolam ternakan salmon yang terjejas,” katanya.

Sementara itu, terdapat tiga jenis alga pembunuh dikesan di 18 kolam ternakan salmon dengan 70 peratus ikan yang mati sudah diasingkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya