Pemindahan paru-paru dari penderma hidup - Utusan Malaysia

Pemindahan paru-paru dari penderma hidup

KEADAAN paru-paru seorang wanita sebelum (kiri) dan selepas (kanan) menjalani pembedahan pemindahan organ di Kyoto, Jepun. - KYODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kumpulan pakar perubatan di Jepun mengumumkan mereka berjaya melakukan prosedur pemindahan sebahagian paru-paru dari penderma yang masih hidup kepada pesakit Covid-19 kronik.

Penerima paru-paru itu yang dikenal pasti sebagai seorang wanita di wilayah Kansai kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan yang pertama kali dilakukan di dunia itu selama 11 jam di Hospital Universiti Kyoto kelmarin.

Paru-paru wanita itu dilaporkan rosak teruk akibat dijangkiti Covid-19 dan memerlukan pemindahan tisu.

Suami dan anaknya yang mendermakan sebahagian daripada paru-paru mereka juga dilaporkan dalam keadaan stabil. – AP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya