Pemimpin dunia zahir kesedihan Putera Philip meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pemimpin dunia zahir kesedihan Putera Philip meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemimpin dunia menzahirkan rasa sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga diraja Britain susulan kematian Duke of Edinburgh, Putera Philip.

Philip yang merupakan suami kepada Ratu Britain, Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada usia 99 tahun.

“Beliau merupakan generasi yang kita tidak akan dapat lihat lagi selepas ini dan kami berasa sedih dengan kematian Putera Philip,” ucap Perdana Menteri Australia. Scott Morrison dalam kenyataan.

Raja Belgium, Raja Philippe dilaporkan menghantar mesej peribadi kepada Ratu Elizabeth dan beliau berharap dapat bercakap dengannya.

Perdana Menteri Malta, Robert Abela juga tidak ketinggalan mengucapkan takziah atas kematian Philip.

“Kami amat bersedih dengan kematian Putera Philip yang sebelum ini sering menganggap Malta seperti rumahnya.

“Rakyat Malta akan terus mengenang memori beliau di sini, “ katanya.

Sementara itu, Presiden Lithuania, Gitanas Nauseda turut mengucapkan takziah kepada Ratu Elizabeth atas kehilangan suaminya.

“Dalam masa sukar ini, ingatan dan doa saya sentiasa bersama tuanku dan rakyat United Kingdom (UK),” tulisnya dalam satu ucapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya