Pelan cegah rasuah mampu jadi ejen perubahan - Utusan Malaysia

Pelan cegah rasuah mampu jadi ejen perubahan

MOELDOKO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebanyak 12 pelan tindakan akan dilaksanakan oleh Pasukan Strategi Nasional Pencegahan Rasuah (Stranas PK) dalam tempoh 2021 hingga 2022. 

Lapor Kompas.com, Ketua Pejabat Presiden, Moeldoko berkata, Strategi Nasional itu akan memfokuskan kepada penyelesaian masalah termasuk 12 tindakan dan tiga fokus berteraskan hasil. 

Katanya, tindakan itu adalah memastikan kecepatan proses lesen import dan eksport, keberkesanan perolehan barangan dan perkhidmatan serta ketepatan subsidi. 

“Seterusnya, memperkukuhkan Sistem Kerajaan Berasaskan Elektronik termasuk menyelaraskan pelan bajet, menguatkan kawalan dalaman kerajaan serta memperkukuhkan integriti pegawai penguat kuasa.

“Keenam-enam tindakan itu berpotensi menjadi ejen perubahan sekiranya dilaksanakan secara serius dan berteraskan hasil. Ini adalah fokus program kita pada masa depan,” katanya. 

Strategi Nasional itu adalah polisi kebangsaan yang mengandungi fokus serta sasaran pencegahan rasuah yang digunakan sebagai rujukan bagi kementerian, institusi, kerajaan tempatan dalam mencegah rasuah di Indonesia berdasarkan Peraturan Presiden No.54 2018. 

Pelan itu melibatkan Pejabat Presiden, Kementerian Perancangan Pembangunan Kebangsaan, Kementerian Pemerkasaan Peralatan Negara dan Reformasi Birokrasi  serta Kementerian Dalam Negeri. 

Menurut Moeldoko, pelaksanaan Stranas PK sebelum ini sudah menunjukkan beberapa hasil yang memberangsangkan. 

“Antaranya seperti sistem perdagangan dan sektor pelesenan yang menjadi lebih cepat serta dapat menjimatkan masa lima ke 14 hari,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya