Oxford, Moderna bangun vaksin HIV - Utusan Malaysia

Oxford, Moderna bangun vaksin HIV

SUKARELAWAN menyalakan lilin ketika menyambut Hari AIDS Sedunia di Kathmandu, Nepal pada 30 November 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua pasukan saintis dijangka memulakan ujian vaksin HIV berdasarkan teknologi yang digunakan untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

Lapor Arab News, kerjasama itu melibatkan Institut Jenner, Universiti Oxford yang membangunkan vaksin AstraZeneca dan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Moderna.

Para saintis dari dua entiti tersebut akan menggunakan teknik berbeza untuk menghasilkan vaksin HIV.

Pasukan Oxford bakal menggunakan adenovirus dari cimpanzi, manakala Moderna pula berasaskan teknologi messenger RNA (mRNA).

Kedua-dua teknik tersebut berjaya merangsang sistem imunisasi manusia menentang jangkitan Covid-19 sebelum ini.

HIV yang membawa kepada penyakit AIDS sehingga kini sudah meragut 32 juta nyawa sejak mula dikenal pasti pada 1981.

Penyakit itu juga dihidapi kira-kira 38 juta penduduk global dengan hampir 690,000 meninggal dunia setiap tahun.

Dalam pada itu, pasukan Oxford dijangka memulakan ujian fasa pertama pada bulan ini terhadap 101 sukarelawan yang negatif HIB berusia 18 hingga 50 tahun di United Kingdom (UK), kenya, Uganda dan Zambia.

Moderna pula dijadualkan melaksanakan dua ujian mRNA dalam tahun ini.

Sementara itu, pensyarah Oxford, Tomas Hanke berkata, terdapat empat varian koronavirus sehingga kini, manakala dianggarkan 80,000 varian bagi HIV.

Sehubungan itu, beliau berharap vaksin yang dihasilkan berjaya dan dapat digunakan untuk merawat pesakit yang positif HIV seawal Ogos tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya