Nomadland menang besar Oscar 2021 - Utusan Malaysia

Nomadland menang besar Oscar 2021

CHLOE ZHOE (tengah) diapit pelakon lain selepas filem arahannya dijulang sebagai Filem Terbaik Oscar edisi ke-93 di Los Angeles. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Nomadland diangkat sebagai Filem Terbaik Oscar edisi ke-93 serta menyapu bersih enam anugerah lain seperti Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Pengarah filem itu, Chloe Zhoe berkata, kemenangan itu ditujukan kepada sesiapa yang mempunyai kepercayaan dan semangat berpegang kepada kebaikan dalam sesuatu perkara.

“Satu frasa yang sentiasa melekat di kepala saya adalah setiap orang dilahirkan dengan kebaikan. Saya sentiasa jumpa kebaikan setiap kali bertemu seseorang dalam dunia ini,” katanya.

Filem yang diadaptasi oleh penulis drama Perancis, Florian Zeller dari produksi panggungnya sendiri, juga memenangi Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik serta Suntingan Filem Terbaik.

Filem itu menewaskan tujuh karya hebat lain iaitu The Father, Judas and the Black Messiah, Mank, Minari, Promising Young Woman, Sound of Metal dan The Trial of the Chicago 7.

Academy Awards terpaksa berpindah dari lokasi teater Hollywood ke Union Station dan Dolby Theatre susulan pandemik Covid-19 yang disiarkan secara maya tanpa hos.

Sementara itu, pelakon filem itu, Francis Mcdormand mengajak orang ramai menonton filem itu di pawagam selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Sila tonton filem kami di panggung wayang dan suatu hari nanti sila bawa semua orang yang anda kenal ke pawagam dan tonton setiap filem yang tercalon pada malam ini,” katanya. -AFP/Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya