TOKYO: Syarikat penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA) menyediakan menu daging wagyu berharga AS$540 (RM2,235) kepada pelanggan. Lapor Daily Mail, pesawat tersebut menawarkan menu istimewa itu hanya pada setiap hari Rabu sahaja, namun, disebabkan permintaan tinggi, pihak syarikat mempertimbangkan untuk menawarkan menu itu pada hari lain. Menu itu ditawarkan menerusi ‘restoran dalam pesawat’ bagi penumpang kelas pertama atau perniagaan bagi pesawat antarabangsa Boeing 777. Menurut ANA, pengalaman itu didatangkan khas dengan pengumuman daripada kabin kru dengan hidangan disediakan di kerusi kabin. “Kita bercadang melanjutkan perkhidmatan sekiranya kawalan pergerakan sudah dilonggarkan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya