'Nikmat dapat tunai solat di masjid' - Utusan Malaysia

‘Nikmat dapat tunai solat di masjid’

JEMAAH menunaikan solat di Masjid Timur London dan Pusat Islam London. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penduduk Britain yang beragama Islam menzahirkan rasa lega dan gembira kerana diberi peluang menunaikan ibadah di masjid selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan ketika Ramadan.

Lapor Arab News, pada tahun lalu, Ramadan disambut ketika United Kingdom dan kebanyakan negara di seluruh dunia ‘hampir lumpuh’ diancam koronavirus.

Biarpun pandemik masih belum berakhir dan menyaksikan kira-kira 127,000 penduduk UK maut akibat Covid-19, Ramadan kali ini memberi seribu makna untuk komuniti Islam Britain.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Haji Britain, Rashid Mogradia berkata, penduduk Islam dibenarkan menunaikan solat wajib dan tarawih di Masjid serta berbuka puasa dengan mematuhi protokol Covid-19.

“Jika sebelum ini masjid agak lengang, kini sudah mula penuh dengan jemaah dan situasi itu amat menggembirakan kami.

“Nikmat dapat menunaikan solat di masjid sukar diungkapkan dan kami akan gunakan peluang yang ada untuk menghayati Ramadan,” katanya.

Sementara itu, kapasiti jemaah di semua masjid di UK dikurangkan sehingga 70 peratus bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN