Nasib 53 kru KRI Nanggala-402 masih belum diketahui - Utusan Malaysia

Nasib 53 kru KRI Nanggala-402 masih belum diketahui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut masih tidak dapat memastikan bagaimana keadaan 53 anak kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang selepas terputus hubungan sejak pagi semalam di perairan Bali.

Lapor CNN Indonesia, Ketua Penerangan TNI Angkatan Laut, Julius Widjojono berkata, bekalan oksigen untuk kesemua anak kapal tersebut masih mencukupi.

“TNI masih belum dapat mengenal pasti bagaimana keadaan semua anak kapal yang berada dalam kapal selam tersebut.

“Namun, kami dimaklumkan bekalan oksigen masih ada dan mencukupi untuk tempoh tertentu,” katanya.

Selain itu, Julius memaklumkan operasi mencari serta menyelamat (SAR) kapal itu giat dilakukan menggunakan kapal selam KRI Dr. Soeharso dan skala pencarian juga dikecilkan berdasarkan kesan tumpahan minyak yang ditemukan.

Beliau juga memaklumkan KRI Nanggala-402 mempunyai kemampuan untuk menyelam pada kedalaman 500 meter dan jika lebih, keadaan itu berbahaya dan boleh menyebabkan kematian anak kapal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya