Mesir bakal dilanda gelombang ketiga Covid-19 - Utusan Malaysia

Mesir bakal dilanda gelombang ketiga Covid-19

PETUGAS kesihatan Mesir mengambil bacaan suhu orang awam semasa hari pertama vaksinasi di Kaherah, awal bulan lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Mesir berada di ambang gelombang ketiga jangkitan wabak Covid-19 yang dijangka bermula pada bulan Ramadan nanti.

Lapor Arab News, amaran itu dikeluarkan oleh penasihat Menteri Kesihatan Mesir, Noha Assem yang turut menjangka lonjakan kes akan berlaku disebabkan orang ramai mula berhimpun.

“Permulaan gelombang ketiga wabak Covid-19 bergantung kepada komitmen masyarakat mengambil langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan sosial.

“Penduduk sudah terbiasa dengan kewujudan wabak yang membuatkan mereka mengabaikan pemakaian pelitup muka dan tidak menjalani kuarantin di rumah,” katanya.

Menurut Noha, ahli keluarga yang berkunjung ke rumah semasa aktiviti buka puasa menjadi penyumbang kenaikan kes positif harian.

Penasihat Presiden berhubung Kesihatan, Mohammed Awad Taj El-Din berkata, gejala wabak Covid-19 akibat gelombang ketiga tidak berbeza secara signifikan daripada dua gelombang sebelumnya.

Katanya, jangkitan boleh mempengaruhi otak dan sistem pencernaan serta menyerang sebahagian besar tubuh termasuk sistem saraf.

 

 

 

 

 

 

 

 

a

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya