JAKARTA: Yayak Dwi Ernawati, 46, yang berasal dari Banyuwangi yakin menantu yang merupakan seorang daripada anak kapal selam KRI Nanggala-402 yang dilaporkan hilang.
Lapor Antara News, Yayak berharap menantunya, Pandu Yudha Kusuma dan semua anak kapal berada dalam keadaan selamat.
“Saya sangat yakin Pandu akan kembali dengan selamat, insya-Allah dia akan selamat.
“Kami mendapat berita mengenai kehilangan kapal selam itu selepas berbuka puasa,” katanya.
Seperti tidak percaya, wanita itu bertanyakan maklumat lanjut kepada rakan-rakannya dan melihat berita di televisyen.
“Siapa yang ingin percaya berita buruk seperti ini? Pandu baru sahaja berkahwin dua bulan dengan anak saya, Mega Dian Pratiwi.
“Selepas bernikah tiga hari, Pandu berangkat ke Surabaya sebelum menghubungi kami baru-baru ini untuk memaklumkan dia akan mengikuti latihan ketenteraan,” ujarnya.