SOLO: Masjid Tegalsari masih bergantung kepada jam matahari atau jam istiwa untuk menetapkan waktu solat Zuhur.
Detik News melaporkan, jam istiwa merupakan jam yang menggunakan cahaya matahari bagi mengetahui waktu azan Zuhur berkumandang.
Masjid yang dibina sejak 1928 oleh KH Ahmad Shofawi masih menggunakan jam tersebut yang dibuat oleh ahli falak, KH Asyari.
Pengerusi Masjid Tegalsari, Syakur Adrori berkata, pembuatannya sangat rumit dan memerlukan ketelitian sehingga jam itu benar-benar tepat digunakan sehingga saat ini sebagai penentu waktu solat Zuhur.
Jam istimewa yang terletak di Jalan Dr. Wahidin No.34, Bumi, Laweyan itu berbeza dengan jam istiwa di Masjid Agong Solo.
“Kalau jam di sini tidak menggunakan bayang daripada objek tertentu, tetapi dari kedudukan matahari dan garisan khatulistiwa,” katanya.
Kota Solo mempunyai sejumlah masjid kuno berusia ratusan tahun yang mempunyai keunikan serta daya tarikan tersendiri.