Letupan di majlis dedah jantina bayi - Utusan Malaysia

Letupan di majlis dedah jantina bayi

GEGARAN di New Hampshire dan Massachusetts dipercayai berpunca daripada kira-kira 36.28 kg bahan letupan Tannerite. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu letupan yang berlaku di sebuah majlis dedah jantina bayi dilaporkan menjejaskan beberapa rumah di dua negeri di Amerika Syarikat (AS) sehingga mencetuskan kebimbangan mungkin berlaku gempa bumi.

Lapor Metro, letupan besar menggegarkan beberapa kawasan di bahagian selatan New Hampshire dan utara Massachusetts kira-kira pada 7 petang Selasa lalu.

Penduduk menggambarkan keadaan tersebut sebagai ‘gegaran bumi’ dengan beberapa individu mendakwa dinding rumah mereka retak.

Polis di Kingston, sebuah bandar yang tidak jauh dari sempadan Massachusetts, menjalankan siasatan setelah menerima aduan daripada Torromeo Industries.

Menurut polis, siasatan mendapati, ledakan itu berpunca daripada kira-kira 36.28 kilogram (kg) bahan letupan Tannerite.

Menurut pegawai, keluarga berkenaan menganggap kuari merupakan tempat paling selamat untuk menyalakan bahan letupan tersebut.

Menurut beberapa penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran, letupan dahsyat itu berlaku sehingga menyebabkan kerosakan pada harta benda dan dinding rumah. 

“Kami terdengar bunyi letupan yang amat kuat dan ia merosakkan beberapa harta benda di rumah kami,” kata Sara Taglieri kepada NBC 10 Boston.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan pintu rumah yang diperoleh WBZ4 menunjukkan beberapa bangunan bergegar ketika letupan itu berlaku.

Beberapa penduduk turut mengadu air paip di rumah mereka bertukar warna menjadi coklat selepas insiden itu.

Menurut polis, tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Malah, katanya, individu yang membeli dan meletupkan bahan ledakan itu sudah menyerah diri kepada polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya