Lelaki tipu 20 wanita - Utusan Malaysia

Lelaki tipu 20 wanita

ZHANG NAN dilaporkan menipu sekurang-kurangnya 20 wanita ketika berpacaran dengan semua mangsanya pada masa yang sama. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki dari China yang berpacaran dengan puluhan wanita secara serentak dilaporkan menipu wang mangsanya bernilai jutaan dolar sepanjang dua tahun. 

Lapor Oddity Central, salah seorang mangsa daripada puluhan wanita yang terpedaya dengan penipuan itu tampil membuat laporan polis di Zhengzhou, wilayah Henan pada 20 Mac lalu. 

Dilaporkan, wanita itu kehilangan lebih 9 juta yuan (RM5.6 juta) sejak berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Zhang Nan pada 2019. 

Zhang Nan menipu wanita berkenaan dengan mendakwa dirinya merupakan anak dan cucu kepada pemimpin yang sangat berkuasa di negara itu.

Zhang Nan sering meminta wang daripada wanita tersebut sepanjang tempoh tersebut sehingga berjaya melesapkan jutaan wang dolar.   

Siasatan polis mendapati Zhang Nan telah menipu sekurang-kurangnya 20 wanita ketika berpacaran dengan mereka pada masa yang sama.

Wanita dikenali sebagai Zhang Li yang memfailkan aduan asal memberitahu bahawa dia bertemu dengan lelaki tersebut di sebuah premis mencuci kereta. 

Menurut Zhang Li, mereka mula berkenalan selepas lelaki itu meminta nombor telefonnya.

Dia juga mengakui mereka menjadi terlalu rapat setelah berbalas menghantar mesej menerusi aplikasi WeChat.

“Lelaki itu pernah mengadu bahawa bapanya merupakan pengurus bank tempatan dituduh kesalahan rasuah dan memerlukan wang untuk membersihkan namanya.

“Saya membantunya tanpa mengetahui wang itu sebenarnya digunakan untuk memenuhi impian Zhang Nan termasuk membeli kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini atau Porsche,” katanya.

Dalam pada itu, polis berjaya menahan Zhang Nan selepas menerima aduan pertama.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya