Lelaki OKU dibakar hidup-hidup - Utusan Malaysia

Lelaki OKU dibakar hidup-hidup

LELAKI OKU dibakar hidup dalam satu kejadian empat tahun lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) sindrom down dari China dilaporkan diculik, diberi dadah, dimasukkan dalam keranda dan dibakar hidup dalam satu kejadian yang berlaku empat tahun lalu.

Perbuatan kejam itu dilakukan hanya untuk menunaikan permintaan terakhir seorang lelaki kaya yang mahu dikebumikan daripada dibakar, yang mana pengebumian tidak dibenarkan di wilayah tertentu. 

Lapor NZ Herald, lelaki kaya itu meninggal dunia akibat kanser pada Februari 2017.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, lelaki itu memaklumkan kepada keluarganya dia ingin dikebumikan, lapor South China Morning Post.

Justeru, keluarganya mengupah seorang individu bagi mencari mayat untuk proses pembakaran sebagai ganti kepada mayat saudara mereka.

Namun, individu diupah keluarga itu melakukan pembunuhan untuk mendapatkan mayat tersebut.    

Ketika kejadian, Huang menculik mangsa bernama Lin Shaoren yang sedang mengutip sampah di tepi jalan berhampiran rumahnya di Lufeng serta memaksanya minum arak dalam jumlah yang banyak.

Huang kemudian meletakkan Shaoren dalam sebuah keranda dan menutupnya serta dibawa ke tempat pembakaran mayat bagi pihak lelaki tersebut.

Mayat lelaki itu pula dibawa ke kawasan terpencil bagi proses upacara pengebumian tradisional.   

Dilaporkan, Huang menerima bayaran sebanyak 90,000 yuan (RM56,891) bagi pertukaran mayat itu daripada keluarga tersebut.

Lapor Sohu News, Shaoren disenaraikan sebagai orang hilang selama dua tahun sebelum keluarganya mendapati dia dibunuh pada November 2019 apabila polis menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menyelesaikan jenayah itu.

Sebuah mahkamah menunda hukuman mati yang dikenakan terhadap Huang. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya