Lelaki dakwa anak Putera Charles, Camilla - Utusan Malaysia

Lelaki dakwa anak Putera Charles, Camilla

SIMON DORANTE-DAY dakwa Putera Charles dan Camilla merupakan ibu dan bapa kandungnya. - FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki dari Australia mendakwa merupakan anak kepada Putera Charles dan Camilla Parker Bowles.

Lapor Mirror, Simon Dorante-Day mendakwa mempunyai bukti bahawa dia adalah anak kepada  pasangan tersebut.

Dorante-Day percaya dia dikandung pada tahun 1965 ketika Putera Wales itu hanya berusia 17 tahun manakala Duchess of Cornwall pula baru berumur 18 tahun.

Jelasnya, dia dilahirkan di United Kingdom (UK) namun telah diambil sebagai anak angkat oleh  sebuah keluarga yang mendakwa Dorante-Day mempunyai hubungan dengan kerabat diraja.

Katanya, datuk dan nenek angkatnya, Winifred serta Ernest bekerja untuk Ratu Elizabeth dan mendiang Putera Philip pada tahun 1960-an.

Lelaki berumur 55 tahun itu membuat dakwaan pelik selepas Putera Charles dan Camilla tidak menjawab beberapa suratnya. 

Dorante-Day juga memfailkan kes di mahkamah dalam usaha memaksa pasangan diraja itu mengambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) namun tidak dipedulikan.

Dia yang kini menetap di Queensland, Australia berkongsi sekeping gambar membandingkan anak lelakinya, Liam dengan Ratu Elizabeth II ketika beliau dalam usia 20an.

Dorante-Day mendakwa gambar berkenaan cukup jelas membuktikan bahawa dia bercakap benar.

Dia juga percaya Putera Charles dan Camilla merupakan ibu bapa kandungnya selain mendakwa dilahirkan ketika pasangan itu pertama kali bertemu pada tahun tersebut.

Daily Mail melaporkan, Dorante-Day sebelum ini pernah memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi Australia namun gagal membuktikan dakwaannya.

“Nenek angkat saya pernah memberitahu beberapa kali bahawa Charles dan Camilla merupakan ibu bapa kandung saya.

“Saya hanyalah lelaki biasa mencari ibu bapa kandung. Jadi, saya akan melakukan apa sahaja agar ia membawa saya lebih dekat kepada Charles dan Camilla,” katanya kepada 7 News.

Dorante-Day juga mendakwa `kebenaran’ itu mungkin tidak didedahkan jika bukan kerana kematian Puteri Diana pada tahun 1997.

“Saya percaya Diana sedar dan beliau cuba memulihkan perkara tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya