LONDON: Pengeluar alat permainan dari Denmark, Lego tersalah memberi ucapan Hari Raya Aidilfitri dalam Twitter rasmi syarikat itu.
Lapor Arab News, semasa hari pertama bulan Ramadan tahun ini, syarikat itu memuat naik ciapan ‘Eid Mubarak’ yang menandakan perayaan selepas selesai menyambut bulan puasa.
“Jadikan ia sebagai sambutan untuk diingati bersama dengan set Lego dan habiskan masa berkualiti bersama keluarga. Eid Mubarak,” tulis poster itu.
Sepatutnya, Lego menulis perkataan Ramadan Kareem atau apa-apa perkataan yang menggambarkan sambutan bulan Ramadan.