Lebih 500 petugas kesihatan maut di Venezuela - Utusan Malaysia

Lebih 500 petugas kesihatan maut di Venezuela

PETUGAS kesihatan menyertai protes menuntut pemberian vaksin Covid-19, di dataran Los Palos Grandes di Caracas, Venezuela - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Lebih 500 petugas kesihatan dilaporkan meninggal dunia di Venezuela sejak bermulanya pandemik Covid-19 di negara itu.

Data itu didedahkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Medicos Unidos de Venezuela.

“Jumlah kematian disebabkan wabak Covid-19 di sektor kesihatan semakin meningkat.

“Malah, terdapat 14 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 513 kes kematian,” kata pertubuhan itu menerusi ciapan di Twitter.

Sejak kes pertama dilaporkan pada Mac 2020, kesatuan penjagaan kesihatan dan NGO mengkritik keadaan hospital awam dan akses terhad bagi peralatan perlindungan diri (PPE) untuk merawat pesakit Covid-19.

Malah, sebelum pandemik Covid-19, sistem penjagaan kesihatan dan kemudahan perubatan Venezuela berdepan dengan kekurangan bekalan serta peralatan disebabkan krisis ekonomi berpanjangan di negara bekas pengeluar minyak utama dunia.

Medico Unidos de Venezuela turut memuat naik sekeping gambar majlis pengebumian seorang petugas kesihatan yang meninggal dunia.

Jelas NGO itu, petugas kesihatan sering dimaklumkan bahawa mereka harus membeli bekalan yang sudah habis dan kadang kala merayu bantuan perubatan di media sosial.

Setakat ini, pentadbiran Presiden Nicolas Maduro melaporkan sebanyak 192,498 kes Covid-19 dengan 2,065 kes kematian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya