Lebih 50 juta penduduk Eropah dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Lebih 50 juta penduduk Eropah dijangkiti Covid-19

SEBANYAK 50,021,615 kes direkodkan di 25 negara dan wilayah sehingga Azerbaijan serta Rusia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lebih 50 juta penduduk di Eropah sudah dijangkiti koronavirus sejak wabak itu mula dikenal pasti di China pada Disember 2019.

Berdasarkan data AFP, sebanyak 50,021,615 kes direkodkan di 25 negara dan wilayah sehingga Azerbaijan serta Rusia, dengan 1,382,000 kes dicatatkan dalam tempoh tujuh hari lepas.

Secara purata, kira-kira 197,400 kes jangkitan Covid-19 direkodkan setiap hari.

Kebanyakan negara Eropah mencatatkan jumlah kes jangkitan harian yang lebih rendah sejak dua minggu lalu, namun kerajaan negara masing-masing mengambil langkah berjaga-jaga.

Eropah sebelum ini menyumbang kira-kira satu pertiga kadar jangkitan Covid-19 di seluruh dunia, namun hanya 24 peratus kes baharu direkodkan sejak minggu lalu.

Lebih 1,060,900 orang maut di Eropah sejak pandemik bermula. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya