Larangan melancong ke kawasan luar bandar - Utusan Malaysia

Larangan melancong ke kawasan luar bandar

SANDIAGA UNO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Orang ramai tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke kawasan tumpuan pelancongan di luar bandar ekoran larangan pulang ke kampung halaman. 

Lapor CNN Indonesia, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno berkata, pihaknya akan membuat penyelarasan dengan kerajaan tempatan dan pengurus destinasi pelancongan bagi memastikan pelaksanaan protokol kesihatan. 

Berhubung aspek protokol itu, bekas Timbalan Gabenor Jakarta berkata, pihaknya menggalakkan program vaksinasi Covid-19 terhadap pekerja sektor pelancongan dan ekonomi kreatif. 

“Kami tidak mahu orang ramai mengambil kesempatan kerana apabila mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung, mereka bergerak ke destinasi pelancongan. Oleh itu, kita perlu memastikan protokol kesihatan sentiasa dipatuhi,” katanya.  

Kerajaan Indonesia melarang orang ramai melakukan aktiviti pulang ke kampung semasa musim perayaan Aidilfitri pada 6 hingga 17 Mei depan sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19. 

Menerusi pelaksanaan itu, Kementerian Pengangkutan turut melarang sebarang bentuk operasi pengangkutan darat, laut dan udara sepanjang tarikh tersebut. 

Dalam pada itu, Sandiaga melakukan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy bagi membincangkan persediaan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif semasa Hari Raya nanti. 

“Kami membincangkan topik-topik terkini termasuk urusan balik kampung, soal penginapan dan pilihan pelancongan yang dibenarkan,” jelasnya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya