Langkah Biden tepat pada waktunya - UNRWA - Utusan Malaysia

Langkah Biden tepat pada waktunya – UNRWA

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyalurkan semula bantuan berjumlah AS$235 juta (RM972 juta) kepada penduduk Palestin.

Usaha itu dibuat ketika pemimpin itu berjanji penyelesaian dua negara bagi konflik antara Israel dan Palestin. 

Biden memberitahu bahawa AS akan menyambung semula dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang sebelum ini dihentikan oleh bekas presiden, Donald Trump.

Menurut Jabatan Negara AS, kerajaannya akan menyumbang sebanyak AS$150 juta (RM620 juta) kepada UNRWA serta menawarkan bantuan ekonomi dan pembangunan bernilai AS$75 juta (RM310 juta) kepada Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Jelas jabatan tersebut, AS juga akan menyumbang sebanyak AS$10 juta (RM41.3 juta) untuk usaha-usaha pendamaian.

Setiausaha Negara, Antony Blinken berkata, bantuan AS kepada rakyat Palestin dilihat sebagai cara untuk maju ke arah penyelesaian dua negara yang dirundingkan.  

“Ia menawarkan bantuan penting kepada mereka yang amat memerlukan, memajukan pembangunan ekonomi dan menyokong pemahaman Israel-Palestin, penyelarasan keselamatan dan kestabilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Israel tidak bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Biden dan mengecam bantuan diberikan kepada UNRWA.  

“Kami percaya agensi PBB ini yang kononnya untuk pelarian tidak perlu wujud dalam format semasa,” kata Duta Besar Israel ke AS, Gilad Erdan.

Sementara itu, Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini memuji tindakan Biden yang disifatkan ‘tepat pada waktunya’ kerana penduduk Palestin berdepan kesukaran berganda sepanjang pandemik Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya