Lancar tabung kutipan beli kapal selam baharu - Utusan Malaysia

Lancar tabung kutipan beli kapal selam baharu

KAPAL selam KRI Nanggala-402 tenggelam pada kedalaman 838 meter dan pecah kepada tiga bahagian. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Persatuan Anak-Anak Masjid Jogokariyan melancarkan kutipan dana untuk membeli kapal selam baharu bagi menggantikan KRI Nanggala-402 yang tenggelam di perairan Bali.

Pengerusi Masjid Jogokariyan, M. Fanni Rahman berkata, pertahanan tentera laut Indonesia perlu diperkuatkan kerana ini adalah negara maritim.

“Jadi kita mengajak orang ramai untuk membantu tentera laut memiliki armada yang kuat bagi menjaga kekayaan dan keutuhan wilayah Indonesia.

“Malah, dengan kekayaan laut luar biasa dan armada yang kuat dapat diwariskan kepada anak cucu pada masa depan,” katanya.

Seramai 53 anak kapal selam disahkan terkorban selepas dilaporkan terputus hubungan pada Rabu lalu sebelum disahkan tenggelam pada kedalaman 838 meter dan pecah kepada tiga bahagian seperti diumumkan oleh Ketua Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto.

Dalam perkembangan sama, Perwakilan Hamas Jogokariyan dan Ketua Dewan Syuro Takmir Masjid Jogokariyan, Muhammd Jazir menyerahkan dana melalui pangkalan tentera laut Yogyakarta.

Dana pengganti kapal selam yang diserahkan adalah sebanyak 6.58 juta rupiah (RM1,860).

Selain itu, Masjid Jogokariyan menyerahkan dana simpati dan kehormatan kepada keluarga mangsa bernilai 15 juta rupiah (RM4,247). -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya