KRI Nanggala-402 tidak tenggelam? - Utusan Malaysia

KRI Nanggala-402 tidak tenggelam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Angkatan Tentera Laut Indonesia memaklumkan tiada bukti sahih yang menunjukkan kapal selam KRI Nanggala-402 tenggelam selepas terputus hubungan.

Lapor Kompas.com, Ketua Staf Angkatan Laut (KSAL), Laksamana Yudo Margono berkata, sehingga kini keadaan kapal selam itu masih belum ditemukan dan tiada bukti kukuh menunjukkannya tenggelam.

“Pasukan penyelamat masih melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR) KRI Nanggala-402 secara intensif dan diharapkan dapat mengesan lokasi kapal selam itu sebelum esok (Sabtu).

“Sehingga kini, belum ada bukti yang menunjukkan kapal selam itu sudah tenggelam, maka Tentera Nasional Indonesia (TNI) tidak akan membuat kesimpulan mengenai keadaan Nanggala-402,” katanya.

Selain itu, Yudo menjelaskan kapal selam itu sepatutnya timbul semula ke permukaan pada pukul 5.15 pagi waktu tempatan selepas selesai menjalani latihan torpedo kelmarin.

Katanya, pasukan ‘sea rider’ masih dapat berkomunikasi dengan kapal selam itu selama satu jam sebelum terputus hubungan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya