KRI Nanggala-402 tenggelam pada kedalaman 850 meter - Utusan Malaysia

KRI Nanggala-402 tenggelam pada kedalaman 850 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Angkatan Laut Indonesia (AL) memaklumkan kedudukan kapal selam KRI Nanggala-402 dijangka berada pada kedalaman 850 meter di dasar laut.

Ketua Staf AL, Laksamana Yudo Margono berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan penemuan serpihan kapal selam tersebut di kawasan perairan yang mempunyai kedalaman 850 meter.

Katanya, dengan kedalaman itu, usaha mengeluarkan kapal selam itu berdepan dengan kesukaran, selain memberitahu KRI Nanggala mungkin mengalami keretakan yang besar.

“Kesemua serpihan serta barangan yang kita temukan itu berpunca daripada keretakan pada kapal selam tersebut.

“Jika tenggelam pada kedalaman 700 hingga 800 meter, keretakan pada badan kapal selam pasti berlaku kerana tekanan yang tinggi,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas beliau, dengan keretakan itu, kapal selam itu pasti sudah dimasuki air, namun bukan semua bahagian akan terjejas.

Hal ini kerana katanya, terdapat beberapa bahagian dalam kapal selam tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya