KRI Nanggala-402 mungkin terputus bekalan tenaga - Utusan Malaysia

KRI Nanggala-402 mungkin terputus bekalan tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) memaklumkan punca kehilangan kapal selam KRI Nanggala-402 mungkin berpunca daripada ‘black out’ atau terputus bekalan tenaga selepas mendapat kebenaran untuk menyelam.

Lapor Tribunnews, perkara itu dimaklumkan oleh Panglima TNI, Hadi Tjahjanto semalam.

Katanya, kapal selam tersebut tidak boleh melakukan prosedur kecemasan ketika bekalan tenaga terputus dan hilang kawalan sehingga tenggelam pada kedalaman 600 hingga 700 meter.

Beliau berharap KRI Nanggala-402 buatan Jerman yang membawa 53 anak kapal itu masih boleh ditemukan dengan selamat.

“Setiap kapal selam mempunyai tombol kecemasan untuk menggerakan kapal naik semula ke permukaan,” katanya.

Terdahulu, pasukan keselamatan menemukan kesan tumpahan minyak di sekitar lokasi kejadian.

Jelas Hadi, kemungkinan tangki kapal selam itu mengalami keretakan susulan tekanan air laut.

“TNI ketika ini bekerjasama dengan Singapura dan Australia dalam melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam tersebut.

“India juga bakal menghulurkan bantuan untuk mengesan KRI Nanggala-402,” ujarnya.

Kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan selepas menyelam di kawasan perairan Bali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya