KRI Nanggala-402: Bekalan oksigen bertahan 72 jam - Utusan Malaysia

KRI Nanggala-402: Bekalan oksigen bertahan 72 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Bekalan oksigen kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang sejak semalam dilaporkan hanya boleh bertahan selama 72 jam iaitu sehingga awal pagi Sabtu.

Jurucakap tentera, Yudi Margono berkata, bekalan oksigen kapal selam itu tidak mampu bertahan lama susulan bekalan tenaga yang terputus.

“Kapal selam itu terputus hubungan kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan, jadi bekalan oksigen yang ada mampu bertahan hingga Sabtu ini,” katanya dalam sidang akhbar.

KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang dengan 53 anak kapal ketika menyelam di kawasan perairan utara Bali.

Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan harapan agar kapal selam tersebut ditemukan segera dan kesemua anak kapal selamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya