KAHERAH: Pakar arkeologi menemui saki baki sebuah kota kuno di padang pasir Luxor yang didakwa sebagai penemuan terbesar pernah dijumpai di Mesir.
Penemuan itu dipercayai berasal dari zaman kegemilangan firaun sejak 3,000 tahun lalu.
Ahli Arkeologi terkenal Mesir, Zahi Hawass mengumumkan penemuan ‘kota emas yang hilang’ itu merupakan kediaman lagenda Lembah Raja.
Pasukan arkeologi berkata, misi itu dikendalikan oleh Dr. Zahi Hawass untuk mencari kota yang hilang di bawah runtuhan pasir.
“Kota ini dianggarkan berusia 3,000 tahun yang berasal dari pemerintahan Amenhotep III, dan terus digunakan oleh Tutankhamun dan Ay.
“Banyak misi pencarian datang dari luar negara sebelum ini gagal menemui kota itu,” katanya.
Profesor Seni dan Arkeologi Mesir di Universiti Johns Hopkins berkata, penemuan itu adalah penemuan arkeologi kedua terpenting sejak makam Tutankhamun berusia hampir satu abad lalu.
Pasukan itu memulakan proses penggalian sejak September tahun lalu di antara Kuil Ramses III dan Amenhotep III berhampiran Luxor, sekitar 500 kilometer ke selatan Kaherah. -AFP