Kokain RM495j dirampas di Hong Kong - Utusan Malaysia

Kokain RM495j dirampas di Hong Kong

PIHAK berkuasa Hong Kong merampas 650 kilogram kokain dalam satu rampasan terbesar pada 2012. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong merampas dadah jenis kokain seberat 700 kilogram dalam satu operasi semalam.

Rampasan itu yang disifatkan terbesar dalam sejarah Hong Kong sejak hampir sedekad lalu itu dianggarkan bernilai AS$119.6 juta (RM495 juta).

Pihak berkuasa mengesyaki bahan terlarang itu diseludup masuk ke wilayah ini menggunakan bot laju dan modus operandi itu digunakan sejak pandemik Covid-19 melanda yang menyaksikan akses lapangan terbang terhad susulan penutupan banyak negara menutup pintu sempadan.

Menurut polis, serbuan dibuat pada Jumaat lalu apabila anggota polis menahan seorang lelaki yang membawa troli di kawasan perindustrian di Fo Tan.

Penahanan itu menyaksikan polis menemukan kira-kira 150 bungkusan kokain yang disimpan dalam kotak kadbod.

Sebanyak 492 lagi bungkusan kokain ditemukan di dalam bangunan industri dan sebuah rumah di kawasan yang sama, menyaksikan dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun ditahan.

Jurucakap polis, Ng Kwok Cheung berkata, dadah itu dipercayai diseludup dari Afrika Selatan.

“Kami menemukan banyak beg kalis air yang masih basah di lokasi kejadian dan kesemua kokain tersebut dibungkus rapi dengan plastik.

“Sindiket penyeludup menukar modus operandi menggunakan jalan air selepas lapangan terbang beroperasi secara terhad susulan pandemik Covid-19,” katanya.

Pada 2012, polis Hong Kong merampas kokain seberat 649 kilogram. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya