MEKAH: Pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kain yang digunakan untuk menutup Kaabah atau ‘Kiswah’ sebagai persiapan menyambut ketibaan Ramadan.
Lapor Arab News, kerja penyelenggaraan itu dijangka mengambil masa selama lima hari melibatkan 14 juruteknik dan diawasi olejh kumpulan pemantau kualiti, pakar kesihatan dan keselamatan pekerja susulan pandemik Covid-19 masih belum reda di negara ini.
Pengarah Jabatan Penyelenggaraan Kiswah, Fahd al-Jabri berkata, kain penutup Kaabah itu akan dibersihkan selepas semua kerja penyelenggaraan selesai.
Katanya, proses penyelenggaraan Kiswah akan dikendalikan berdasarkan protokol Covid-19 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.