Kerana hutang RM85, remaja dirogol 10 lelaki - Utusan Malaysia

Kerana hutang RM85, remaja dirogol 10 lelaki

SUSPEK membawa remaja itu ke rumah kosong sebagai tebusan untuk melangsaikan hutangnya berjumlah 300,000 rupiah (RM85). -AFP/Gambar Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh 10 lelaki selepas diajak keluar oleh seorang suspek di bandar Langsa, Aceh.

Lapor Kompas.com, Ketua Unit Penyiasatan Jenayah Polis Langsa, Arief S. Wibowo berkata, kesemua suspek sememangnya berniat dan merancang untuk merogol mangsa.

“Mangsa sememangnya mengenali individu yang mengajaknya keluar tetapi mereka bukannya keluar berdating.

“Suspek membawa remaja itu ke rumah kosong sebagai tebusan untuk melangsaikan hutangnya berjumlah 300,000 rupiah (RM85),” katanya.

Menurut Arief, rakan suspek sudah menunggu mangsa di rumah itu sebelum merogolnya secara bergilir-gilir.

Jelasnya, selepas dipaksa melakukan seks, mangsa kembali ke rumahnya dan mengadu kepada ibu bapanya.

“Keluarga mangsa terus membuat laporan ke balai polis dan kita menahan sembilan suspek. Sementara seorang lagi suspek masih bebas dan dikehendaki pihak polis,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek merupakan pelajar berusia antara 12 hingga 19 tahun yang berasal dari Kampung Sungai Pauh, Langsa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya